NORDARWISH PUTRA BIN NORJAMAL MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR SABAK BERNAM (MITSSB)
Mata pelajaran Sejarah yang memerlukan pelajar memahami urutan peristiwa dan mengingat kronologi peristiwa sejarah melalui peta. CHRODIOMAP ialah inovasi peta sejarah berbentuk diorama 3D yang berinfo grafik dan di lengkapi dengan elimen audio visual. CHRODIOMAP bermula dengan versi peta Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang merupakan sub-topik Sejarah Tingkatan empat. Tujuan inovasi ini bagi meningkatkan kemahiran pelajar memahami peta dan menghafaz kronologi peristiwa dengan mudah, cepat dan menjiwai situasi perjuangan kemerdekaan. Kajian dilaksanakan terhadap 20 orang pelajar 4 Nawawi di MITSSB. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan markah sebanyak 100% markah daripada 44% sahaja.
Kata Kunci: CHRODIOMAP, Sejarah, Tanah Melayu