ADELIA GRACE HERMAN SMK PITAS II
Projek ini bertujuan untuk membina aplikasi mudah alih bernama MyBudget yang membantu pelajar sekolah menengah menguruskan kewangan harian mereka. Dengan menggunakan pendekatan literasi matematik, aplikasi ini membolehkan pelajar merekod, menganalisis, dan merancang perbelanjaan mereka secara sistematik. Ciri-ciri termasuk penambahan pendapatan, perbelanjaan, serta carta visual untuk mengenal pasti corak perbelanjaan. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan MIT App Inventor dan bertujuan meningkatkan kesedaran dan kecekapan pelajar dalam pengurusan kewangan seawal usia remaja.