JI687: MICROORGANISMS WORLD GAMES

MUHAMMAD FARIS NAUFAL BIN MOHD FITRI SK KAMPONG SELAMAT

Transformasi pendidikan dalam era Revolusi Industri 4.0 menuntut pendekatan inovatif yang mampu merangsang minat dan pemahaman murid secara berkesan. Kajian ini membentangkan pembangunan dan penilaian keberkesanan satu inovasi pembelajaran digital interaktif iaitu Microorganisms World Game yang merupakan sebuah permainan pendidikan yang direka khusus menggunakan platform Scratch untuk menggalakkan pembelajaran topik mikroorganisma dalam kalangan murid Tahun 6. Inovasi ini menggabungkan elemen gamifikasi seperti skor, ganjaran bonus, dan interaksi visual bagi membantu murid mengenal pasti jenis-jenis mikroorganisma secara berulang dan menyeronokkan. Inovasi ini telah diuji ke atas sekumpulan murid tahun 6 yang mana mereka telah menjalankan ujian pra dan pasca selepas mereka menggunkan Microorganisms World Games sebagai intervensi. Data dianalisis bagi mengukur tahap kefahaman murid sebelum dan selepas intervensi. Dapatan menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 30% dalam skor ujian pasca berbanding skor ujian pra. Ini membuktikan keberkesanan inovasi ini dalam memperkukuh penguasaan konsep dalam topik mikroorganisma. Kajian ini menyimpulkan bahawa Microorganisms World Game bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantu mengajar berinovasi, malah berpotensi besar untuk diaplikasikan secara meluas dalam kurikulum sains yang lain. Pengintegrasian teknologi melalui reka bentuk permainan pendidikan berasaskan inovasi mampu menjadikan pembelajaran topik yang abstrak lebih mudah difahami dan menyeronokkan bagi murid sekolah rendah.

Kata kunci : Mikroorganisma, Permainan interaktif, Microorganisms world.