JI1011: KIT MAGIC SIRAH BOX

NUR HIDAYU BINTI ZOLCAPLI SK BAGAN SERAI

Kit Magic Sirah Box ialah inovasi interaktif berasaskan bermain yang direka untuk meningkatkan kefahaman sirah Nabi Muhammad SAW, khususnya peristiwa kelahiran Baginda. Kit ini mengandungi lima komponen: buku aktiviti interaktif, empat subtopik sirah, video lagu, simplebooklet digital dan kuiz Wordwall. Pendekatan berasaskan objek seperti velcro dan magnet digabung dengan teknologi digital melalui imbasan kod QR. Kit ini mesra alam kerana menggunakan bahan kitar semula. Dapatan awal menunjukkan peningkatan minat dan ingatan murid. Inovasi ini sesuai dikembangkan untuk prasekolah, tahap 1 dan pemulihan khas.

Kata kunci: bermain, kelahiran Nabi, interaktif, digital, sirah