KVO285: MESIN PEMUTAR LEMANG AUTOMATIK

AWANGKU NORFITRE BIN AWANGKU ZULFIKARGADDAFI KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Mesin Pemutar Lemang Automatik merupakan inovasi dalam bidang teknologi makanan yang dirancang untuk mempermudah dan mempercepat proses memasak lemang secara efisien dan konsisten. Lemang, makanan tradisional yang dimasak dalam buluh dengan menggunakan api terbuka, memerlukan proses pemantauan dan pemutaran manual yang berterusan untuk memastikan kematangan yang sekata serta mengelakkan pembakaran. Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah mesin automatik yang mampu memutar buluh lemang secara berkala dengan kelajuan dan sudut yang dikawal. Menggunakan sistem kawalan motor iaitu Direct On Line ( D.O.L) dan dilengkapi motor 12v untuk memastikan lemang masak dengan sekata. Dengan menggunakan mesin ini, proses penyedian lemang dapat dipercepatkan dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia.