JI537: BINGO KUIZ

ZAHRA NURAMINA BINTI ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH

B

Bingo Kuiz merupakan satu pendekatan inovatif yang memperkasa pembelajaran secara interaktif, menyeronokkan dan berkesan. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk permainan yang menggabungkan elemen kuiz dengan penglibatan murid secara aktif. Kaedah ini membantu murid menjawab soalan berdasarkan nombor pilihan mereka. Sekiranya jawapan adalah betul, murid akan melorek nombor yang berkaitan. Aktiviti diteruskan sehingga murid berjaya membentuk pola tertentu seperti mendatar, menegak atau menyerong dan akhirnya memperoleh perkataan “BINGO”.

Pendekatan ini menjadikan proses ulang kaji atau pengukuhan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Murid tidak hanya duduk pasif mendengar, sebaliknya terlibat secara langsung dengan semangat bersaing yang sihat. Permainan ini juga menggalakkan pemikiran pantas, tumpuan yang tinggi serta mengurangkan rasa takut untuk mencuba menjawab soalan. Tambahan pula, aktiviti ini memberi ruang kepada guru untuk menilai tahap kefahaman murid secara tidak formal dalam suasana yang santai.

Melalui Bingo Kuiz, murid dilatih untuk berfikir secara kritis, membuat keputusan pantas dan belajar secara kendiri. Ia juga merangsang motivasi intrinsik murid kerana mereka teruja untuk mencapai matlamat membentuk “BINGO”. Aktiviti ini amat sesuai dilaksanakan dalam pelbagai mata pelajaran dan topik kerana fleksibilitinya.

Secara keseluruhan, inovasi ini menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid, penglibatan aktif, kreativiti dan kolaborasi dalam suasana yang menyeronokkan.