NUR ALYA NABILAH BINTI MOHD AZLEM SMK TELOK KUMBAR
Hidro generator ialah alat yang menukar tenaga kinetik air kepada tenaga elektrik melalui putaran turbin. Teknologi ini digunakan secara meluas dalam loji hidroelektrik bagi membekalkan tenaga boleh diperbaharui. Namun begitu, pembinaan sistem hidro generator berskala besar sering menimbulkan isu alam sekitar seperti pemindahan penduduk, kerosakan habitat akuatik dan perubahan ekosistem sungai. Di samping itu, kos awal pemasangan juga tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan hidro generator masih dianggap berpotensi dalam menangani krisis tenaga global jika dilaksanakan secara mampan, dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan tenaga dan pemeliharaan alam sekitar.