KVO940: Inovasi Alat Pemampat Tatal Logam Mini: Penyelesaian Cekap Untuk Pengurusan Sisa Bengkel

Nasrun Anas Bin Hamzan Slim River Vocational College

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0256 | 1 Likes | 39 Views | 9 times | LS: 10.0
Like it? | Support them now!

Projek Alat Pemampat Tatal Logam Inovatif ini dibangunkan khusus untuk kegunaan di bengkel kimpalan Kolej Vokasional Slim River. Alat ini direka untuk memampatkan sisa tatal logam menjadi bentuk kiub dengan cekap, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan, dan memudahkan pengurusan sisa secara sistematik, selamat, dan mesra alam. Proses pembangunan alat ini merangkumi fasa reka bentuk, pemilihan bahan, pembinaan dan pengujian dari aspek kecekapan dan keselamatan. Hasil ujian membuktikan alat ini memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan, membantu mengekalkan kebersihan bengkel, dan menyokong amalan kelestarian. Kesimpulanya, inovasi ini menawarkan penyelesaian praktikal berimpak tinggi, relevan untuk pendidikan vokasional, dan berpotensi untuk diterapkan dalam industri berkaitan.