DARVEEN A/L DEVENDREN SJKT LADANG MIDDLETON
Projek inovasi "Rumah Mini yang Bersolar" merupakan hasil kreativiti murid dari sekolah kurang murid (SKM) yang menggabungkan konsep kitar semula dan tenaga boleh diperbaharui. Kotak susu terpakai (Program Susu Sekolah) yang dibuang di sekolah digunakan untuk membina model rumah mini. Tenaga solar dimanfaatkan untuk menjana cahaya serta membekalkan kuasa kepada motor kipas untuk memutar. Projek ini meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan penggunaan tenaga lestari. Selain itu, murid dapat memupuk kemahiran abad ke-21 seperti inovasi, kerjasama, dan penyelesaian masalah. Melalui projek ini, murid SKM membuktikan bahawa kekangan bukan penghalang untuk mencipta idea yang kreatif dan bermanfaat.