YI413: Nombor Box Pintar

NUR KHAIRUNNISA' BINTI GHAZALI SMK SUNGAI LAYAR

i3DC25 | Young Innovator (Online)

CR: 0.0278 | 1 Likes | 36 Views | 103 times | LS: 104.0
Like it? | Support them now!

Nombor Box Pintar ialah inovasi alat bantu mengajar Matematik untuk kanak-kanak yang menggabungkan penggunaan kotak-kotak berwarna dan nombor-nombor cetak. Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas Matematik seperti pengenalan nombor, menyusun nombor, dan operasi asas secara interaktif dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Projek ini memperkenalkan satu pendekatan inovatif menggunakan bahan kitar semula (kotak) dan nombor bercetak untuk membentuk satu set alat bantu mengajar. Ia direka khas untuk pelajar prasekolah dan tahap 1 agar mereka lebih mudah memahami konsep asas Matematik secara visual dan kinestetik.