JI648: Kit PiCaPu 3D

AQEEF ASHMAN ZIYYAD BIN AMBRI SK Methodist (ACS) Kampar Perak

Kajian inovasi ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menggunakan media basah murid terutama bagi murid yang mempunyai masalah di SK Methodist Acs Kampar Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji masalah murid yang sukar dan tidak berminat menggunakan media basah sebagai bahan untuk menghasilkan karya lukisan. Berdasarkan pemerhatian awal, segelintir murid  tidak mahir untuk menggunakan cat air dan tidak berminat. Perkara ini disokong oleh dapat pemerhatian yang telah dicatatkan oleh pengkaji.

PiCaPu adalah singkatan dari perkataan Picit Calit Sapu. Picapu adalah satu set kit mewarna yang menggunakan cat air sebagai bahan utama. Kit PicaPu adalah satu kit yang mempunyai set lengkap untuk mewarna dan mempunyai templat dan manual tentang cara mewarna menggunakan cat air. Inovasi Picapu ini dicipta bagi membantu guru dan murid bagi memudahkan proses menggunakan media basah dalam penghasilan karya. Penggunaan Picapu bertujuan bagi mempercepatkan proses menggunakan media basah dan membantu sesebuah karya yang dihasilkan itu mempunyai kualiti dari espek estetika dan nilainya. Manfaat dari inovasi ini adalah dapat menjimatkan masa murid dan guru semasa pdpc berlangsung. Ia juga dapat memudahkan mengawal sapuan cat dan juga ton warna juga dapat dikawal dengan lebih mudah. Templat lukisan beserta manual juga disertakan sebagai satu panduan kepada murid untuk menghasilkan karya. Templat ini juga mengandungi AR iaitu Augmented Reality dan dapat berfungsi apabila di scan melalui Aplikasi ARtistik.

Kajian ini banyak membantu murid dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Namun, dapatan daripada para guru yang telah mencuba produk ini mengatakan bahawa ianya mempunyai potensi yang tinggi dan boleh dijadikan sebagai satu produk yang boleh dikormersialkan. Hasil dapatan para guru juga mengatakan bahawa PiCaPu membuatkan murid menjadi lebih berminat untuk menggunakan media basah sebagai medium untuk melukis dan mewarna.