MUHAMMAD ISKANDAR BIN MOHD HAFIZAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT
Penggosok pintar ini adalah satu alat pembersih permukaan yang mempunyai sensor infra merah untuk mengesan permukaan yang ingin dibersihkan serta mempunyai bekas sabun diintergrasi di dalam pemegangnya. Penyataan masalah: Berus atau span pembersih biasa memerlukan tenaga fizikal untuk menggosok permukaan selain perlu memegang bekas sabun semasa membersih. Ini menyebabkan tangan cepat lenguh. Penggosok pintar ini direka cipta mempunyai pengesan infra merah untuk menggerakkan span pada motor. Terdapat juga bekas sabun di dalam pemegangnya. Tujuan: Untuk membantu memudahkan tugasan membersihkan permukaan seperti pinggan, meja, tingkap dan sebagainya. Alat dan bahan: Motor mini, gear taji, span atau berus, sensor infra merah, suis, bateri, botol sabun, saluran semburan dan pam mini serta pemicu semburan. Badan pengosok diperbuat daripada plastik yang ringan, kalis air dan berbentuk ergonomik. Cara guna: Buka suis, halakan penggosok pada permukaan yang hendak dibersihkan, apabila sensor infra merah mengesan halangan, span atau berus pada motor akan berputar. Jika jauh dari permukaan, span atau berus akan berhenti berputar. Jika perlukan sabun, hanya perlu tekan pemicu pada pemegangnya dan sabun akan disembur keluar melalui saluran di bawah span. Keunikan produk: Penggosok pintar ini berfungsi secara automatik apabila mengesan permukaan dan ini menjimatkan tenaga bateri. Berus atau span berputar secara automatik tanpa perlu menyental. Ini boleh mengelakkan lenguh tangan semasa membersihkan permukaan. Bentuk ergonomic menambah keselesaan semasa tugasan pembersihan. Produk ini mendokong SDG 3, 9 dan 12 iaitu kesihatan dan kesejahteraan; industry, inovasi dan infrastruktur; dan penggunaan serta pengerluaran yang bertanggungjawab. Kesimpulan: Produk penggosok yang mempunyai sensor pengesan permukaan dan diintergrasikan botol sabun semburan di pemegangnya mapu untuk membantu mengurangkan lenguh tangan semasa tugasan mencuci serta menjimatkan masa dan tenaga fizikal.