MOHD SYAMIL BIN KASIM Kolej Vokasional Tanjung Piai
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kepentingan dan kesan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Vokasional khususnya dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri. Objektif yang hendak dicapai melalui penghasilan produk ini adalah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran secara teori bagi penggunaan mesin larik menjadi lebih efektif. Sehubungan dengan itu, penghasilan produk ini juga adalah untuk memastikan tahap pemahaman awal pengguna(pelajar) terhadap proses pengoperasian mesin larik dan penggunaan mata alat yang pelbagai bagi tujuan penghasilan produk melalui proses yang berbeza seperti larik selari (turning), penampang (facing), ulir skru (threads), membunga (knurling), melarik diameter dalam (boring), dan gerudi (drilling) adalah pada tahap memuaskan dan bersedia untuk ke proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.