JI717: VEGYGLOW

MUHAMAD SHAHRUL FADLI BIN MOHD TARMIZI SK BELURU

Veggieglow adalah sabun yang menggunakan lebihan sayur yang mula lembik dan dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk membentuk sabun cecair. Veggieglow boleh membersihkan kotoran pada barangan dapur, tangan, permukaan berhabuk juga membersihkan kotoran pada kain dengan menyental bahagian kotoran yang disapukan Veggieglow dengan air.

Inovasi ciptaan Veggieglow dapat mengelakkan sayur yang mula lembik akibat tidak dimasak menjadi bahan lain yang boleh digunakan seharian. Ini mengurangkan sampah dapur yang kita hasilkan seharian, mingguan. Jumlah sampah harian yang basah dapat dikurangkan dan sabun yang menggunakan sumber alam apat dihasilkan. Ini juga membentuk nilai muni dalam jiwa murid yang melakukan inovasi sabun Veggieglow.