JI838: AEROGRAVX

MUHAMMAD IRFAN MUZAFFAR BIN ISMADEY SEKOLAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG

Kajian ini memperkenalkan inovasi rekacipta BEG AEROGRAVX, sebuah beg sekolah ergonomik yang direka khas untuk menyelesaikan isu beban beg berlebihan dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. Beban beg yang berat memberi impak negatif terhadap kesihatan fizikal seperti masalah tulang belakang dan postur, selain menjejaskan kesejahteraan mental murid. Melalui rekabentuk pintar dan penggunaan bahan ringan berteknologi tinggi, BEG AEROGRAVX membantu mengagihkan beban dengan lebih seimbang dan selesa, terutamanya bagi murid di sekolah bertingkat. Inovasi ini diharap dapat meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan, dan motivasi pembelajaran murid. Rekacipta ini diyakini mampu menjadi penyelesaian praktikal yang relevan dan berpotensi dikomersialkan, sekaligus menyokong aspirasi pendidikan negara ke arah melahirkan generasi sihat, aktif dan berdaya saing.