KVO617: APLIKASI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK (PINTARKIDS) UNTUK KEGUNAAN TADIKA ANGGERIK BIRU

Mohammad Izzat Izzmi Bin Mohamad Marzuki KOLEJ VOKASIONAL KULIM

Projek ini dibangunkan bagi menangani cabaran dalam penggunaan teknologi pembelajaran di Tadika Anggerik Biru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang berhasrat menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi. Kajian awal mendapati bahawa aplikasi pembelajaran yang digunakan sebelum ini kurang interaktif dan tidak serasi dengan peranti mudah alih, menyebabkan murid cepat bosan serta mengurangkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc). Justeru, projek pembangunan aplikasi PintarKids diperkenalkan sebagai satu penyelesaian digital yang lebih berkesan dan mesra pengguna.Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan aplikasi pembelajaran yang interaktif, menarik dan mudah diakses, lengkap dengan elemen animasi, kuiz serta audio bagi meningkatkan penglibatan murid dalam sesi PdPc. Selain itu, aplikasi ini dibangunkan agar serasi digunakan pada platform Android dan desktop bagi memastikan fleksibiliti dan kebolehcapaian maksimum kepada guru dan murid.Aplikasi PintarKids menawarkan pelbagai kandungan pembelajaran seperti permainan pendidikan, latihan interaktif dan video yang memfokuskan kepada subjek-subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Awal, Matematik Awal dan Pendidikan Islam. Pembaharuan utama dalam projek ini ialah penekanan terhadap penggunaan teknologi digital yang bersifat interaktif serta penyampaian kandungan secara visual dan audio yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.Secara keseluruhannya, projek ini dijangka dapat meningkatkan kualiti PdPc di Tadika Anggerik Biru serta menyokong perkembangan kemahiran asas dan literasi digital dalam kalangan murid seawal usia lima hingga enam tahun.