Muhammad Fariz Rahmat Bin Remmy SMK SUNGAI LAYAR
Inovasi pek panas ini dibangunkan berdasarkan konsep tindak balas eksotermik yang menghasilkan haba tanpa sumber elektrik. Ia menggunakan bahan kimia yang mudah diperoleh dan selamat seperti garam kalsium klorida dan air untuk menghasilkan tindak balas yang cepat dan berkesan. Pek ini sesuai digunakan dalam situasi kecemasan, cuaca sejuk atau untuk kelegaan kesakitan otot. Reka bentuknya yang ringkas dan mesra pengguna membolehkan ia digunakan semula dan mudah dibawa. Projek ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi kimia dalam kehidupan seharian dan menyokong pembelajaran berasaskan masalah