KVO507: KEYBOX ACCESS SYSTEM

NUR ATHIRAH BINTI MOHD FIRDAUS INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.3846 | 25 Likes | 65 Views | 43 times | LS: 77.6
Like it? | Support them now!

Projek KEYBOX ACCESS SYSTEM dibangunkan  bertujuan meningkatkan keselamatan dan kecekapan dalam pengurusan kunci. Sistem ini menggunakan RFID reader, modul Wi-Fi, dan solenoid door lock yang membolehkan pemantauan akses secara jarak jauh melalui Google Sheet dan aplikasi mudah alih.

Sistem ini dilengkapi dengan penggera, lampu kecemasan, kata laluan, dan sistem penguncian automatik yang memastikan hanya pengguna yang sah dapat mengakses kunci. Jika percubaan akses gagal berulang kali, pintu akan terkunci secara automatik bagi meningkatkan kawalan keselamatan. Melalui integrasi teknologi masa nyata, sistem ini mampu mengesan dan merekod aktiviti maklumat akses dan dikemas kini secara langsung. Sistem ini juga dapat membantu majikan mengawal penggunaan kunci dan mengenal pasti aktiviti mencurigakan.termasuk penggunaan kunci selepas waktu pejabat serta percubaan akses yang gagal melalui cap jari

Projek ini sesuai untuk pelbagai premis, termasuk pejabat, stor penyimpanan, dan bangunan komersial. Dengan fleksibiliti sistem, pengguna dapat menyesuaikan fungsi mengikut keperluan tanpa perubahan besar pada infrastruktur sedia ada. Selain itu, bekalan kuasa tambahan dari bateri 12V dapat  memastikan operasi lancar walaupun di kawasan dengan bekalan tenaga tidak stabil.

Secara keseluruhan, projek ini menawarkan penyelesaian inovatif dan efisien bagi mencegah kecurian dan akses tanpa kebenaran, serta mempercepat proses pengesanan jika berlaku pelanggaran keselamatan. Dengan teknologi terkini, sistem ini dapat diterapkan secara meluas dalam pelbagai sektor.