YI264: 2 IN 1 GREEN TECHNOLOLOGY EMERGENCY CONE

Muhammad Alif Safari Irfan Bin Mazri KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH

Dalam era globalisasi yang menyaksikan peningkatan pencemaran dan pemanasan global, pengurusan sisa binaan masih menjadi cabaran besar. Di institusi pendidikan teknikal, bahan lebihan dari kerja amali sering dibuang tanpa dimanfaatkan. Hal ini mendorong tercetusnya idea inovasi “2 in 1 Green Technology Emergency Con” yang bukan sahaja menangani isu pembaziran tetapi juga menekankan aspek keselamatan dan kelestarian. Inovasi in bertujuan untuk membangunkan kon keselamatan menggunakan bahan kitar semula daripada sisa binaan dan lebihan kerja amali, Menerapkan teknologi hijau dalam proses dan fungsi produk, Menggalakkan kreativiti pelajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek, Meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa lestari dan Menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 11 dan SDG 12. “2 in 1 Green Technology Emergency Con” merupakan kon keselamatan dwi-fungsi sebagai alat keselamatan dan simbol kesedaran kelestarian. Ia dibina daripada bahan terpakai seperti kayu amali, plastik, pelekat reflektif, dan tapak penstabil. Selain mengurangkan kos, ia juga mesra alam dan mudah dialih, menjadikannya praktikal untuk pelbagai kegunaan. Projek ini melibatkan fasa reka bentuk, pemotongan komponen, pemasangan, dan pengujian di persekitaran sebenar. Penggunaan peralatan asas seperti mesin pemotong, alat pemanas plastik dan alat ukiran memudahkan pelajar membangunkan produk. Simulasi turut dijalankan untuk menguji kestabilan dan keberkesanan produk. Inovasi ini dijalankan secara kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 75 responden. Dapatan menunjukkan bahawa responden memberikan maklum balas yang amat positif terhadap produk ini, dengan majoriti sangat bersetuju dengan keberkesanan dan potensi penggunaannya. Inovasi ini turut menunjukkan bahawa elemen teknologi hijau dan amalan kitar semula boleh memberi impak positif kepada komuniti setempat. Inovasi ini memberikan manfaat besar kepada institusi dan juga komuniti,  Ia mengurangkan kos pembelian kon keselamatan, memanfaatkan sisa yang tidak bernilai, serta memperkukuhkan pembelajaran bermakna di kalangan pelajar. Tambahan pula, produk ini menyumbang kepada pengurangan pembaziran dan penyebaran amalan lestari. Secara keseluruhan, “2 in 1 Green Technology Emergency Con” membuktikan bahawa inovasi yang berasaskan kelestarian mampu memberi impak besar walaupun dengan kos yang rendah. Ia menyatukan elemen keselamatan, kelestarian, dan pendidikan dalam satu produk, dan berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi. Maklum balas pengguna juga menunjukkan penerimaan positif dan keberkesanan produk ini sebagai solusi inovatif yang relevan masa kini.