YI1004: BISO HEBAT

HANAN SAFIRAH BINTI ZUKINI SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH

                                                           BISO HEBAT

PN. HJH NORASMA BT MOHAMED SALLEH, PUTRI NUR ELLYA BATRISYA BT NIK SOH, NUR BALQIS MADINA BT MUKHTAR, NURAIN HUSNA BT ZULKIFLI, NUR ADRIANA ALEESYA BT HASRONIZAM

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh

[email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran bahasa Melayu merupakan satu proses pendidikan yang penting pada masa ini.Akan tetapi,majoriti murid sekolah masih keliru tentang penggunaan tatabahasa yang tepat terutamanya ayat susunan  biasa dan ayat susunan songsang.Hal ini demikian kerana mereka tidak memahami  struktur ayat songsang yang berbeza daripada ayat biasa hingga boleh menyebabkan kekeliruan, terutama bagi pelajar yang belum biasa menggunakannya.Bagi mengatasi masalah ini,BISO HEBAT telah dihasilkan.Permainan ini boleh dimainkan oleh empat orang pemain pada satu-satu masa.Kajian ini menyasarkan kepada 27 orang murid kelas 3 Hajar.Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.Kajian ini dilaksanakan selama dua bulan merangkumi ujian pra dan ujian pos,pemerhatian,temu bual dan soal selidik.Secara keseluruhan,BISO HEBAT merupakan alat pembelajaran yang berkesan dan menarik untuk memahami ayat songsang dengan mudah.Ia bukan sahaja membantu meningkatkan pemahaman mereka, tetapi juga menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.

 

Kata kunci : tatabahasa,ayat susunan biasa,ayat susunan songsang,BISO HEBAT,menyeronokkan