YI577: PENTA-BOX PROJECT KIT

MUHAMMAD SHAFIQ AEMAN BIN SHAIDAN SMK AGAMA BALING

Inovasi Projek Penta-Box Kit digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kategori murid masalah lemah daya ingatan namun mempunyai daya visual yang tinggi. Projek P-Box Kit dihasilkan untuk meningkatkan penguasaaan kefahaman subtopik kuasa dua sempurna subjek matematik dalam kalangan tingkatan satu. Projek Penta-Box Kit merupakan inovasi berbentuk permainan mempunyai elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang merupakan salah satu daripada ciri pedagogi pembelajaran abad ke-21. Dalam inovasi ini, murid akan menggunakan telefon pintar untuk mengimbas kod QR yang telah disediakan untuk mendapatkan video pembentukan sifir asas dari dua hingga dua belas. Sebagai alternatif pada murid yang mengalami masalah gajet, bentuk infografik sifir yang menarik yang disediakan dalam set kit ini. Selepas membuat imbasan murid akan diperkenalkan dengan pelbagai. Murid akan mempelajari dengan melihat penggiliran nombor bergerak dari pelbagai sisi. Situasi ini menjadikan murid yang mempunyai masalah daya ingatan seronok dan mempunyai sifat ingin tahu dapat melengkapkan Jadual X-Box dengan pantas tanpa perlu menghafal sifir seterusnya melengkapkan Square Clock dengan tepat. Berdasarkan pemerhatian, didapati inovasi Projek Penta-Box Kit ini sangat menarik, menyeronokkan dan menjadikan PdP lebih aktif dan murid berlumba-lumba untuk belajar. Keadaan ini sekali gus, meningkatkan motivasi murid masalah daya ingatan untuk belajar dan terus belajar. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam PdP, pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat. Malah projek ini juga bersesuaian dengan pendidikan dalam era revolusi Industri 4.0 pada masa kini.