THEH SUE AI SMK HUA LIAN
Kajian ini memperkenalkan KlipGebra, sebuah inovasi pedagogi untuk membantu pelajar memahami operasi tambah dan operasi tolak dalam algebra dengan menggunakan klip berwarna (merah, hijau dan kuning) bagi mewakili sebutan algebra yang berbeza. Pendekatan visual dan kinestetik ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman konsep algebra asas, terutamanya dalam menggabungkan sebutan serupa (like terms). Kajian ini melibatkan pelajar sekolah menengah yang mengalami kesukaran dalam algebra. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dalam pemahaman dan minat pelajar terhadap topik ini.
Kata kunci: Algebra, alat bantu mengajar, pembelajaran visual, sebutan serupa, inovasi Pendidikan