KVO772: E-KVBas

NUR IRDINA ATIKAH BINTI NOR AZMAN KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 89 times | LS: 89.0
Like it? | Support them now!

Satu kajian telah dibangunkan iaitu sistem tempahan bas di Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA) bagi membantu pensyarah dan staf sokongan bagi memenuhi keperluan Projek Tahun Akhir (PTA) , Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengumpul data dan perancangan pembangunan sistem yang berkualiti di KVSA supaya para pengguna dapat menggunakan sistem komputer dengan baik dan efisien. Hal ini bersesuaian dengan keperluan pensyarah di kolej vokasional yang mana mereka memerlukan kemudahan sistem tempahan ini untuk memudahkan mereka membuat tempahan kenderaan kolej tanpa perlu lagi mengisi borang tempahan yang ada di pejabat KVSA. Kesimpulannya, sistem ini membantu pensyarah menyelesaikan masalah dan memudahkan untuk membuat tempahan bas secara atas talian kerana tempahan bas dapat dibuat tanpa perlu pergi ke pejabat dan mengisi borang fizikal.