PRO664: PORTAL CELIK

MOHD HUZAIZI BIN AHMAD KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH

i3DC25 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 23 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

Portal Celik dibangunkan sebagai sebuah platform digital interaktif khusus bagi pelajar perakaunan di Kolej Vokasional Butterworth. Latar belakangnya berpunca daripada kekangan akses pelajar terhadap portal DELIMa KPM seperti kerap terlupa ID dan katalaluan serta bergantung sepenuhnya kepada nota bercetak semasa pengajaran dan ulangkaji. Pendekatan pembelajaran tradisional tersebut turut berbeza jauh dengan pendekatan abad ke-21, yang menekankan pembelajaran kendiri dan penggunaan teknologi.

Masalah utama yang dikenal pasti ialah (1) akses terhad disebabkan masalah log masuk portal DELIMa, (2) kebergantungan berlebihan terhadap bahan nota bercetak, dan (3) ketidakserasian kaedah konvensional dengan keperluan era digital. Berdasarkan permasalahan ini, Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan Portal Celik dalam mempertingkat akses, kemudahan penggunaan, dan pencapaian pembelajaran pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) serta Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Metodologi yang digunakan melibatkan reka bentuk dan pembangunan aplikasi mudah alih, diikuti dengan ujian kebolehgunaan (usability testing) menggunakan instrumen soal selidik dan sesi tinjauan (survey) terhadap 25 pelajar perakaunan Kolej Vokasional Butterworth. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi untuk menilai persepsi dan kesan penggunaan portal.

Dapatan awal menunjukkan 100% responden menyifatkan portal ini dapat diakses dengan mudah, cepat dan di mana sahaja. Selain itu, 80% menyifatkan portal ini dapat mengurangkan kebergantungan pelajar kepada nota bercetak. Secara keseluruhan, penggunaan Portal Celik meningkatkan tahap kepuasan pelajar dan menyokong pembelajaran kendiri.

Cadangan penambahbaikan merangkumi penambahan ciri interaktif seperti video penerangan, ujian kendiri (quizzes), serta integrasi modul rujukan dalam talian (link kepada sumber KPM dan bahan akademik). Sekiranya ditambah baik mengikut cadangan ini, Portal Celik berpotensi meningkatkan lebih jauh kualiti pembelajaran vokasional abad ke-21 di Malaysia.