KVO843: SMARTPLY TRANSPORTER: INOVASI MOBILITI UNTUK TAPAK BINA

MUHAMMAD HAZIM DANISH BIN MUHAMMAD ASRI KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 10 times | LS: 10.0
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk pembawa papan lapis mudah alih bagi kegunaan Jabatan Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Juasseh. Papan lapis atau plywood merupakan bahan penting dalam sektor pembinaan, namun penggunaan kaedah konvensional semasa proses membawa papan lapis memerlukan tenaga fizikal yang tinggi dan boleh menyebabkan keletihan serta kecederaan kepada pengguna. Oleh itu, alat pembawa papan lapis mudah alih ini diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan, dan mengurangkan beban tenaga kerja dalam aktiviti pengangkutan papan lapis. Hasil analisis menunjukkan bahawa pembawa papan lapis ini mendapat maklum balas positif, dengan penilaian purata 4 daripada 3 dalam aspek reka bentuk, keselamatan, kebolehgunaan, dan nilai komersial. Antara cadangan penambahbaikan yang diterima termasuk mengurangkan berat model, menjadikan produk lebih mudah dilaras untuk disimpan, dan mampu mengangkat lebih banyak kayu papan lapis. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan berpotensi untuk digunakan secara meluas dalam sektor pembinaan bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan kerja.