MUHAMMAD FAYYADH IRSYAD BIN LUKMAN HAKIM SK SUNGAI STAR
3R 2U adalah satu projek inovasi bagi mendidik murid sekolah rendah mengenai amalan kitar semula yang mudah difahami dan diamalkan. Ironi dengan tong kitar semula yang disediakan di sekolah dan tempat awam, 3R 2U adalah lebih kecil sesuai dengan umur murid yang disasarkan. Bagi menarik minat murid untuk mengaplikasikan 3R, inovasi ini ringan dan mudah difahami penggunaanya serta dilengkapi dengan sensor sentuhan selaras dengan teknologi terkini. Penghasilan 3R 2U diharap dapat mendidik murid dengan lebih efisien dan mudah untuk mengaplikasikan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka di sekolah dan rumah. Murid dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kitar semula untuk memastikan kelangsungan kehidupan yang lestari menghadapi perubahan iklim dunia pada masa kini. Aplikasi 3R 2U menerima maklum balas positif daripada semua murid sasaran secara khusus dan komuniti amnya.