NURUL NAJWA BINTI MOHAMMED NAJIB SK SIMPANG TIGA
Inovasi D-LEJAR 6A merupakan hasil kreativiti murid-murid Kelas 6 Amanah bagi mengurus kewangan kelas secara sistematik dan digital. Melalui penggunaan Microsoft Excel dan aplikasi kuiz, murid berjaya membina satu sistem rekod kutipan dan perbelanjaan kelas yang mudah difahami dan digunakan. Mereka merancang, mencatat transaksi harian, serta menganalisis baki wang melalui carta dan grafik. Aktiviti seperti simulasi bajet dan permainan kewangan membantu murid mengaplikasikan kemahiran Matematik dalam situasi sebenar. Inovasi ini membentuk murid celik kewangan, berfikiran kritis dan mampu menggunakan teknologi dalam pengurusan harian.