DIVENA SHREE A/P GANESAN SJK(T) LADANG BANOPDANE, BIDOR
Matematik memainkan peranan yang penting dalam pembangunan modal insan abad ke -21. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Model SS ( Sifir Segitiga ) dalam tajuk operasi darab dan bahagi di kalangan murid tahun 2. Model SS ini melibatkan nombor - nombor yang diisi secara penambahan nombor dalam 9 segitiga yang kecil dibina berlandaskan model ADDIE. Model ini digunakan sebagai permainan sifir secara digital dan juga bahan ABM untuk menguasai sifir 2 - 9. Model SS ini boleh digunakan untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi satu digit dengan mudah. Reka bentuk kajian ini berbentuk penyelidikan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 2 dari SJK(T) Ladang Banopdane,Bidor Perak. Data dikumpul melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Excel. Hasil kajian menunjukkan Model SS dapat membantu murid meningkatkan penguasaan sifir tanpa hafalan. Keberkesanan pembelajaran darab dan bahagi dipengaruhi oleh prestasi murid dan penerapan konsep asas. Model ini ada kebolehgunaan sebagai bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif bagi menguasai operasi darab dan bahagi. Kesimpulannya, model SS ini dapat menjadi alternatif dalam menguasai operasi darab dan bahagi dengan berkesan.