RAFIQ BIN IRWAN KOLEJ VOKASIONAL KUCHING
Projek Auto Exhaust Fan merupakan satu projek yang diguna di dalam bilik enjin dan bilik genset. Tujuan projek ini di inovasikan adalah untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi di dalam bilik enjin dan bilik genset. Antaranya adalah Exhaust Fan yang sedia ada perlu dihidupkan sepanjang masa untuk mengurangkan suhu panas. Objektif projek ini adalah untuk merekabentuk auto exhaust fan bagi mengurangkan suhu di dalam “engine room dan genset room” secara automatik. Selain itu, projek ini dibangunkan adalah untuk menghidupkan dan mematikan exhaust fan secara automatik. Projek ini digerakkan secara automatik dimana auto thermostat digunakan untuk mengawal pergerakan exhaust fan. Auto Exhuast Fan ini berfungsi menggunakan pengesan haba. Apabila pengesan haba ini mengesan haba yang panas, pengesan tersebut akan menghidupkan Exhaust Fan secara automatik bagi mengurangkan suhu di dalam bilik enjin dan bilik genset. Setelah suhu sudah berkurangan, Exhuast Fan akan berhenti beroperasi secara automatik.