NUR SYIFA ULYA BINTI MOHD FERDAUS SMK KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR
Projek PBL-STEM Rumah Model Tradisional ini bertujuan untuk memperkenalkan seni bina tradisional Melayu melalui pembuatan model rumah tradisional Melayu. Projek ini menggunakan bahan terpakai seperti batang aiskrim, kotak terpakai, rumput sintetik, plastisin dan daun pokok kelapa. Pelajar dapat menerapkan kemahiran reka bentuk dan teknologi serta nilai kelestarian alam sekitar melalui penggunaan bahan kitar semula. Selain itu, ia dapat memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar berkaitan kepentingan amalan kitar semula demi kesinambungan kehiduan di daratan serta memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan penjagaan alam sekitar.