Ts. DAYANGKU NURHAYATI BINTI AWANGKU MORNI KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM
Smart Assist Child Car Monitoring (SACCM) merupakan satu projek yang dibina untuk mengatasi masalah kanak-kanak tertinggal di dalam kereta. SACCM mengintegrasikan teknologi sensor, buzzer dan sistem notifikasi amaran yang dapat memberitahu dan mengeluarkan bunyi sekiranya terdapat pergerakan benda hidup (anak) di dalam kereta melalui Short Message Service (SMS), aplikasi Telegram dan panggilan telefon. Pengujian dilakukan dengan meletakkan beban di atas sensor berat yang diletakkan di atas kerusi pemandu. Sekiranya, sensor tidak mengesan beban (pemandu duduk) maka buzzer SACCM akan berbunyi dan sistem akan menghantar mesej amaran kepada pengguna. Dengan itu, SACCM yang dibangunkan dapat mengurangkan kes tertinggal anak dalam kereta yang mengakibatkan kematian. Pengujian telah dilakukan oleh pensyarah dan mendapati tahap keberkesanan produk mencapai 100%.