YI471: SMART PROPARK

NUR ALIYA QALEESYA BINTI ABD RAHIM SMK SULTAN ISMAIL

Projek ‘Smart ProPark’ merupakan satu inisiatif inovatif yang dibangunkan bagi menangani masalah kesesakan dan kekurangan dalam pengurusan tempat letak kereta yang sistematik di kawasan rumah pangsapuri. Isu seperti tempat letak kereta yang tidak teratur, parkir kenderaan berganda, dan kekurangan pencahayaan pada waktu malam sering menjadi punca ketidakselesaan serta gangguan kepada penduduk. Oleh itu, projek ini dirangka untuk memperkenalkan sistem parkir yang lebih tersusun, efisien dan selamat, dengan penggunaan teknologi moden.

Antara ciri utama projek ini termasuk penyusunan semula ruang parkir secara strategik, penggunaan lampu jalan automatik berasaskan sensor Cahaya serta pelabelan tempat letak kereta yang jelas untuk memudahkan kawalan dan pemantauan. Melalui pendekatan ini, projek bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup penduduk, malah menyumbang kepada pengurangan kesesakan lalu lintas dalaman dan peningkatan keselamatan di kawasan pangsapuri, terutamanya pada waktu malam.

Secara keseluruhan, ‘Smart ProPark’ bukan sahaja menawarkan penyelesaian kepada masalah sedia ada, malah membuka ruang kepada integrasi sistem parkir pintar berskala lebih besar pada masa akan datang. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi pembangunan komuniti pintar dan lestari dalam persekitaran bandar.