YI409: MINI SISTEM AKUAPONIK

AIMAN AKMAL BIN GHAZALI SMK SUNGAI LAYAR

Mini Sistem Akuaponik adalah satu projek inovasi berasaskan konsep STEM-PBL yang menggabungkan teknologi akuakultur dan hidroponik dalam satu sistem kitaran tertutup yang mesra alam. Projek ini memanfaatkan bahan terpakai seperti botol plastik, tong cat, paip PVC lama dan bekas akuarium terpakai untuk membina satu sistem penanaman sayuran yang menggunakan sisa kumbahan ikan sebagai baja semula jadi. Melalui projek ini, murid dapat mempelajari bagaimana ikan dan tumbuhan saling bergantung dalam ekosistem mini yang lestari. Sistem ini bukan sahaja menjimatkan air, tetapi juga menyokong amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar, selari dengan matlamat pembangunan mampan (SDG). Projek Mini Sistem Akuaponik ini telah kami laksanakan secara berskala kecil di bilik darjah di bengkel pertanian sekolah kami sebagai bahan bantu belajar interaktif yang menggalakkan kreativiti, penyelesaian masalah dan inovasi di kalangan murid.