MUHAMMAD FARIZHAZWAN BIN SUNNY SMK TAMAN DESA JAYA
WORKSHOP ADVAN SAFETY SWITCH 3.0
Saiful Amri Bin Mohd Ali, Siti Juwairiyah Binti Ali, Muhammad Danish Rayyan Bin Md Khirman, Muhammad Farizhazwan Bin Sunny, Muhammad Fattah Bin Noor Effendee
1Smk Taman Desa Jaya (MALAYSIA)
Abstract
Keselamatan adalah aspek yang sangat penting dalam kerja-kerja berkaitan bengkel. Banyak kemalangan telah dilaporkan di sector-sektor berkaitan teknikal. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah ini. Antara kemalangan kritikal yang sering berlaku dan mengorbankan banyak nyawa adalah berkaitan elektrikal. Diantara kes-kes yang melibatkan kemalangan elektrikal adalah, renjatan elektrik, pekerja dikisar ke dalam mesin kerana elektrik gagal di matikan dan pelbagai lagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Oleh kerana perkara seperti ini sering terjadi, timbul idea-idea inovasi demi untuk melindungi nyawa. Maka timbul idea yang di beri nama “ WORKSHOP ADVAN SAFETY SWITCH 3.0 (WASS 3.0)” . Alat ini dicipta adalah berdasarkan kesukaran untuk setiap individu yang sedang bekerja ataupun majikan, apabila berlaku sesuatu kemalangan melibatkan elektrik, tindakan yang sangat cepat dapat diambil dan menyelamatkan nyawa. Diantara kelebihan alat ni adalah, ia dapat diaktifkan dari jarak jauh menggunakan peranti Arduino uno dan dilengkapi dengan modul IOT. Dengan aplikasi yang di bina dan di pasang dalam telefon mudah alih, mana-mana individu yang bekerja dapat mengaktifkan alat ini seterusnya dapat menyelamatkan nyawa rakan-rakan mereka dengan sangat cepat. Rekabentuk aplikasi “Apps” yang direka mengunakan fail “.apk” pada android adalah sangat mudah dan sangat pantas untuk mendapat respon pada peranti. Alat ini juga adalah sangat murah dan mudah untuk di pasang pada sesuatu tempat. Pada umumnya alat ini dicipta untuk kegunaan dan untuk keselamatan dalam bengkel, namun, peranti ini juga boleh digunakan untuk mana-mana ruang yang diperlukan seperti rumah, masjid, nurseri penjagaan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Semoga peranti ini mendapat tempat dihati majikan dan orang ramai yang mementingkan keselamatan.