NURSOLEHAH BINTI ISMAIL SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Produk inovasi FourCool merupakan sebuah penyejuk minuman yang direka khas untuk memudahkan seseorang mendapatkan air yang sejuk dengan mudah dan cepat. Produk ini dilengkapi dengan peltier untuk menyejukkan gelas minuman bagi menghasilkan air yang sejuk dan bekalan kuasa berada di bawah peltier untuk menukarkan arus elektrik AC ke elektrik DC. Selain itu, produk ini dilengkapi dengan set sinki haba yang terletak di bawah peltier untuk membantu proses penyejukkan itu lebih efektif dan gelas direka sendiri dengan menggunakan plat aluminium dan penebat haba. Produk ini menggunakan sumber kuasa 12V dengan harga mampu milik dan mudah didapati, sumber kuasa 12V tersedia luas di pasaran. Seterusnya, produk ini memudahkan seseorang individu mendapatkan air yang sejuk dengan cepat dan efisien terutama apabila seseorang individu itu berada di luar rumah atau tiada peti ais. Produk ini juga akan menjadi pilihan kepada pekerja dan pelajar asrama kerana tidak perlu keluar membeli ais dan sekaligus menjimatkan tenaga dan masa.