ALIFF SYAZWAN BIN ROSLAN KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
Projek ini dibangunkan untuk mengurangkan pembaziran air dan meningkatkan kebersihan di kawasan awam. Sistem automatik ini memastikan penggunaan air yang cekap dan mengurangkan sentuhan langsung melalui pengisian automatik. Masalah utama yang diselesaikan ialah pembaziran air akibat sistem manual. Sistem ini menggunakan sensor inframerah untuk mengesan pergerakan tangan dan Arduino Uno R3 untuk kawalan operasi. Hasil kajian menunjukkan sistem ini lebih efisien, mengurangkan sentuhan langsung, dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna. Dengan sistem ini, pembaziran air berkurang, risiko penularan penyakit dapat diminimumkan, serta meningkatkan kesedaran kebersihan di majlis kenduri dan tempat awam