NUR YAZMEEN DZARA BINTI FAIZ DZIAUDDIN KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
Canele ulam raja merupakan salah satu inovasi yang digabungkan daripada pencuci mulut yang berasal dari France. Ulam raja menjadi pilihan utama di dalam produk inovasi ini kerana tidak ramai orang yang menghasilkan pencuci mulut yang menggabungkan rasa ulam-ulaman. Hal ini demikian kerana, rasa yang dihasilkan daripada ulam raja sangat kuat menyebabkan orang ramai tidak gemar. Namun begitu, ulam raja mempunyai banyak khasiat antaranya kaya dengan antioksidan yang membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Selain itu, ulam raja juga mampu mengurangkan kadar kolestrol. Kesimpulannya, canele ulam raja bukan sahaja mampu menjadi pencuci mulut namun ia juga dapat memberi kesan kepada kesihatan dalaman.