PRO321: LESTA GLOW PAPER CIRCUIT KIT

UMAWATHY A/P TECHANAMURTHY UKM

Lesta-Glow Paper Circuit Kit adalah sebuah kit pembelajaran inovatif yang menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik (STEAM) untuk membantu pelajar memahami konsep asas elektrik secara praktikal dan kreatif. Kit ini membolehkan pelajar membina litar elektrik asas di atas kad kertas menggunakan komponen seperti LED, pita tembaga, bateri 3V, dan perintang. Selain itu, kit ini turut mengintegrasikan elemen seni, di mana pelajar boleh mereka bentuk nama lencana bercahaya atau karya seni kreatif lain yang berfungsi sebagai litar elektrik. Masalah yang Dapat Diselesaikan ialah memahami Konsep Elektrik yang Abstrak dengan memberikan pengalaman hands-on yang visual dan menarik. Selain itu, kit ini Menghubungkan Teori dengan Aplikasi Dunia Sebenar. Elemen seni dalam kit ini menjadikan pembelajaran lebih menarik terutamanya untuk pelajar yang kurang berminat dengan pendekatan teknikal semata-mata. Kit ini juga memupuk kreativiti dan kemahiran berfikir kritis.