YI586: Kililu Manuk

MORRIS ANAK JAMPI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAU

Kebanyakan penternak burung puyuh di Malaysia masih mengamalkan cara penternakan tradisional yang memerlukan komitmen yang tinggi dari segi masa dan tenaga. ‘Kililu manuk’ merupakan inovasi sangkar burung puyuh pintar mudah alih yang boleh diprogramkan untuk membantu pengusaha penternak burung puyuh kecil-kecilan dalam penjagaan ternakan mereka dari segi pemberian makanan dan pembersihan sangkar. Disamping itu, Kililu manuk juga dilengkapi dengan teknologi hijau yang mesra alam dan berupaya menghasilkan baja organik yang boleh digunakan untuk tanam-tanaman.