HANI HAZWANI BT MOHD PAZAI KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI
Inovasi model replika pelan lantai restorant ini merupakan satu inovasi prototype bagi tujuan memudahkan proses pdpc pensyarah untuk menyusun atur layout dan meja di sesebuah restorant. Ia boleh menjadikan satu panduan asas kepada pensyarah untuk menerangkan kedudukan susunan meja mengikut tata sajian dan tema sesuatu acara majlis. hal ini lebih memudahkan pelajar melihat susunan meja replika sekaligus dapat memahami cara penyusunan meja tersebut. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah model replika pelan lantai restoran yang direka bentuk bagi menggambarkan susun atur ruang dalaman dan fungsi-fungsi utama dalam sesebuah premis makanan. Model ini dibina berdasarkan skala tertentu dengan menggunakan bahan-bahan seperti kad manila, papan foam, plastik lutsinar, dan bahan terpakai lain yang sesuai. Dalam projek ini, perhatian diberikan terhadap aspek pengurusan ruang, pengasingan kawasan dapur, ruang makan, kaunter pesanan, bilik air, dan laluan keluar masuk bagi mematuhi ciri-ciri ergonomik dan keselamatan. Replika ini juga menunjukkan kepentingan aliran kerja yang efisien antara staf dapur dan pelayan serta keselesaan pelanggan. Model ini bukan sahaja bertujuan sebagai bahan pembelajaran visual, malah boleh dijadikan rujukan asas dalam reka bentuk restoran sebenar pada masa akan datang.