MUHAMMAD AFIF RAYYAN BIN DZULFADZLY SMK SUNGAI LAYAR
Projek ini memperkenalkan Aqua Cool Mesra Alam, inovasi penyejuk udara kos rendah sebagai alternatif kepada penghawa dingin. Masalah utama ialah suhu bilik yang tinggi dan penggunaan tenaga elektrik yang membebankan. Air Cooler ini menggunakan kipas 12V dan mistmaker untuk menghasilkan udara berkabus yang lebih sejuk, sesuai untuk bilik kecil. Inovasi ini memberi impak dengan meningkatkan keselesaan pengguna, menjimatkan tenaga, dan mempromosikan gaya hidup lebih lestari. Dengan kos pembuatan yang rendah, ia mempunyai nilai komersial yang baik serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan sdg seperti SDG tujuh, sembilan dan sebelas.