PRO888: SCRUB GLOTATO NATURAL

NOREEN FAZUIN BINTI ISMAIL KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

Masalah kulit kusam, berjeragat dan tona tidak sekata semakin meningkat akibat pencemaran, tekanan dan penggunaan produk kimia. Scrub Glowtato Natural diperkenal sebagai solusi berasaskan bahan semula jadi seperti kentang, buah keras, oat dan ekstrak lemon. Ia membantu mencerahkan kulit, menyamakan tona, mengecutkan jerawat serta menanggalkan sel mati tanpa iritasi. Bebas bahan kimia, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif. Penggunaan konsisten menjadikan kulit lebih halus, berseri dan sihat. Produk ini juga menyokong kesedaran penjagaan diri semula jadi dan membuka peluang ekonomi tempatan. Ia selamat, berkesan dan lestari.