KVO1062: AIRCOND SERVICE NOTIFIER

SYAZWAN IRFAN BIN SHAHRULNIZAM KOLEJ VOKASIONAL IPOH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2108 | 74 Likes | 351 Views | 155 times | LS: 244.6
Like it? | Support them now!

Penyaman udara adalah teknologi yang digunakan untuk mengawal suhu dan kelembapan di dalam sebuah ruang. Penggunaan unit penyaman udara jenis domestik dalam kalangan masyarakat kini semakin meningkat namun seringkali aspek penyelenggaraan dipandang ringan. Hal ini adalah disebabkan sikap pengguna yang selalu terleka dan tidak mengetahui waktu yang sesuai untuk melakukan penyelenggaraan. Juruteknik hanya dihubungi apabila unit berada dalam keadaan kritikal dan rosak menyebabkan peningkatan dalam kos penyelenggaraan. Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan Aircond Service Notifier yang direka khas menggunakan model ADDIE iaitu Anaysis, Design, Development, Implement dan Evaluate. Melalui ujikaji yang telah dijalankan produk ini telah terbukti dapat melakukan penyelenggaraan pembersihan secara automatik pada bahagian pemeluwap penyaman udara selain memberi notifikasi kepada pengguna apabila sistem bermasalah. Selain itu, produk ini juga dapat membantu pengguna menyejukkan ruang dengan lebih cepat dengan penggunaan Speed Cooling Mode yang boleh diaktifkan dengan menekan butang pada panel kawalan atau melalui telefon pintar. Daripada ujikaji yang dijalankan, produk ini mampu menurunkan suhu pemeluwap sehingga 5 darjah celsius. Tersedia dengan teknologi automasi, rekabentuk yang minimum dan pemasangan yang mudah, produk ini dipercayai dapat meningkatkan kualiti hidup seterusnya dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, menjimatkan masa dan kos operasi.