JI752: RTG- FROM RURAL TO GLOBAL

MOHAMAD ZAHARI BIN ABU BAKAR SK SERI SEPARAP

https://youtu.be/Od42f1tRiCo?feature=shared

 

 

Kesusahan kami yang berada di kawasan luar bandar dan jauh daripada

kemudahan permainan boling, telah membawa kepada kewujudan

inovasi ini. Selain daripada faktor jarak, permainan boling juga menuntut

kos wang ringgit yang banyak kerana perlu menyewa kasut dan game.

Faktor keselamatan membawa murid ke luar juga perlu diambilkira.

Mengambilkira semua faktor, kami telah menghasilkan inovasi ini dan

telah menjalankan beberapa percubaan sehinggalah inovasi kami telah

terbukti melalui keputusan pertandingan boling tenpin peringkat daerah

Batu Pahat

3. Bahan-bahan/ peralatan/ teknologi yang digunakan

Tin aluminium, botol mineral plastik, lampu laser, bola boling terpakai,

tilam gimnastik (sebagai lantai)

4. Keistimewaan/keunikan inovasi

Keistimewaan inovasi kami ini amat signifikan kerana kami tidak perlu

mengeluarkan wang untuk kos pengangkutan dan dapat mengurangkan

karbon dalam udara. Kami hanya perlu berlatih di sekolah sahaja dan

selain itu, pemboleh ubah lampu laser juga akan dapat memberikan

latihan dan kemahiran menyasarkan target yang berbeza-beza.

Keupayaan untuk mempelbagaikan sasaran ini akan dapat membantu

atlet memperbaiki jatuhan pin mereka.