NURQAIRY SAFFIA BINTI AHMAD FIKRY SMK CHUKAI
Kesesakan lalu lintas sering berlaku akibat kerosakan lampu isyarat yang tidak disedari, menyebabkan kelewatan dan berisiko menyebabkan kemalangan. Menyedari isu ini, kumpulan DYGEN telah mencipta inovasi ‘SAFEWAY MONITOR’ yang menggunakan micro:bit dan pengesan automatik untuk mengesan kerosakan lampu isyarat secara masa nyata. Inovasi ini akan menghantar maklumat segera kepada pihak berwajib serta mengeluarkan bunyi dan cahaya amaran untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya. Produk ini mempercepatkan tindakan pembaikan, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan. Dengan reka bentuk yang praktikal dan kos efektif, inovasi ini mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan di kawasan trafik utama.