PRO311: REPOSITORI I-MODUL

RASHIDAH BINTI MOHD SAID INSTITUT AMINUDDIN BAKI

i3DC25 | Professional (Online)

CR: 0.1702 | 8 Likes | 47 Views | 81 times | LS: 90.4
Like it? | Support them now!

Repositori i-Modul membantu pensyarah menyediakan bahan latihan yang lebih bervariasi, dinamik, dan berkualiti. Platform ini turut menyokong pengemaskinian berterusan bahan latihan bagi memastikan ia relevan dengan perkembangan semasa dalam bidang pendidikan. Pensyarah melaporkan peningkatan motivasi dan keyakinan dalam penyampaian latihan, manakala peserta latihan mengalami pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan mendalam. Keberkesanan Repositori i-Modul membuktikan bagaimana pendekatan design thinking dapat dimanfaatkan dalam merealisasikan inovasi pendidikan yang memberi impak positif kepada tenaga pengajar dan peserta latihan. Projek ini juga berpotensi untuk dikembangkan melalui integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan modul latihan yang lebih canggih serta pembinaan jaringan kolaboratif dengan institusi pendidikan di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan kejayaan implementasinya, Repositori i-Modul membuka peluang kepada lebih banyak inisiatif digital dalam memperkasa pendidik dan meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan.