MOHD AKMAL BIN JAAFAR KOLEJ VOKASIONAL PAGOH
Pada zaman sekarang, jantung pisang amat kurang diminati oleh penduduk di Malaysia. Hal ini kerana jantung pisang tidak dikomersialkan seperti makanan lain yang ada di Malaysia. Jantung pisang juga tidak di minati oleh golongan muda remaja. Pokok pisang banyak ditanam di Malaysia tetapi hanya diambil buah pisang tetapi jantung pisang dibiarkan gugur ke tanah sahaja. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menjadikan jantung pisang sebagai produk inovasi makanan dimana saya menggunakan ia sebagai bahan utama dalam menghasilkan “Banana Flower Chicken Patty”. Hal ini akan menjadikan jantung pisang diminati oleh semua lapisan masyarakat apabila dijadikan sebagai ‘Patty Burger”.