YI935: PRODUK INOVASI BERASASKAN BATANG PISANG - MUSA FLOSS

IQ DINIE BIN JASNI KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2

Inovasi Musa Floss ataupun Serunding Batang Pisang dihasilkan bertujuan untuk membantu para petani pisang mengurangkan sisa pembuangan organik. Kebiasaannya, batang pisang hanya dibuang tanpa mengetahui khasiat yang baik untuk kesihatan seperti melancarkan sistem pencernaan kerana tinggi kandungan dalam serat dan mampu mengawal gula dalam darah keana serat larut membantu mengawal penyerapan gula yang sesuai untuk pesakit diabetes. Tambahan lagi, produk inovasi Musa Floss dapat mengurangkan sisa pembunagan pertanian yang memerlukan kos yang tinggi untuk dilupuskan selain dapat memberi pendapatan tambahan kepada petani pisang menggunakan sepenuhnya hasil tanaman pisang bukan sahaja buahnya namun batangnya juga. Musa Floss boleh dijadikan hidangan atau lauk tambahan dalam hidangan dan sesuai untuk golongan vegetarian.