YI107: EduCode

NUR ALYA MAISARA BINTI MOHD ASMARUDIN SM TEKNIK KUALA TERENGGANU

EduCode ialah gamifikasi pendidikan interaktif yang berfokus pada simbol teori set, membolehkan pemain memahami konsep asas seperti kesatuan, persilangan, dan perbezaan set dalam persekitaran permainan yang menyeronokkan. Dibangunkan melalui lima langkah utama perancangan konsep, reka bentuk antara muka yang mesra pengguna, pembangunan kod menggunakan Scratch, pengujian dan penambahbaikan berasaskan maklum balas, serta pelancaran dengan pemantauan berterusan. EduCode memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Antara ciri utama permainan ini termasuk sistem cabaran berperingkat untuk memperkukuh pemahaman teori set, integrasi elemen visual yang membantu menggambarkan operasi set, serta maklum balas interaktif yang membimbing pemain dalam memahami konsep secara mendalam. Harapan agar gamifikasi ini dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan dan kefahaman berkenaan tajuk teori set.