KVO420: JACKFRUIT CHOCOCUITS

NUR SYUHADA BINTI MOHAMED HAUZA KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1888 | 88 Likes | 466 Views | 125 times | LS: 229.6
Like it? | Support them now!

Jackfruit Chococuits merupakan produk inovasi manisan baru yang belum berada di pasaran Malaysia dan dihasilkan daripada 3 orang pelajar Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru sambil dipantau seorang penyelia. Produk inovasi ini merupakan manisan berbentuk coklat praline yang diisikan dengan inti buah cempedak yang dimasak tanpa menggunakan sebarang bahan perasa. Kemudian, produk ini digabungkan dengan biskut biji dan jerami cempedak pada bahagian bawah untuk mempelbagaikan aroma, tekstur, rupa dan rasa pada produk dan menjadikannya lebih menarik untuk dicuba. Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan ketarikan produk, pengkaji telah menambah lapisan kuning coklat yang dicampurkan dengan perwarna asli daripada bunga Calendula. Selain itu, produk ini diinspirasikan berdasarkan pernyataan masalah sisa pembuangan makanan yang semakin meningkat serta menjadi penyumbang ketepuan tapak pelupusan sampah, pernyataan masalah bagi buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan kurang dikenali oleh generasi kini dan pernyataan masalah penggunaan perwarna makanan mampu memburukan kesihatan. Selain itu, tujuan produk inovasi ini dihasilkan adalah untuk membantu masyarakat kini mengenali dan menikmati buah cempedak dalam bentuk yang lebih menarik dan mudah untuk dinikmati. Hal ini kerana, buah cempedak merupakan buah yang mempunyai tekstur, rasa dan aroma yang tersendiri dan kurang dinikmati oleh kebanyakan orang terutamanya golongan muda. Oleh itu, penghasilan formulasi yang terbaik bagi produk ini adalah tujuan yang perlu dicapai dan mengenalpasti penerimaan responden terhadap ciri-ciri produk dari segi rasa,bentuk, warna, tekstur, dan aroma bagi produk Jackfruit Chococuits.